Thursday, 10 July 2014

Syahid di tanah palestin

Ya Allah 
saat ini semua orang tertumpu kepada perlawanan bola sepak dunia...semua orang sedang leka memperjudikan masa dan tenaga untuk menyaksikan tiap perlawanan sampai ada yang tidak tidur semata-mata ingin menonton perlawanan bola sepak....ada juga yang sanggup berbelanja beribu-ribu Ringgit untuk pergi menyaksikan perlawanan secara live di brazil...

Wahai hamba Allah....
Sedarkah kita bahawa saudara kita di palestin sedang berjuang mempertahankan Islam....mereka berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir...Wahai saudaraku semua kita di sini masih boleh berpuasa dengan keadaan yang aman damai...masih boleh berterawih di malam hari...masih boleh membeli belah untuk menyambut aidilfitri....kita juga masih bisa ketawa berkumpul bersama keluarga...namun saudara kita di tanah PALESTIN menanggis kematian ahli keluarga....berpuasa dalam keadaan huru-hara...anak kematian ibu ayah....isteri kematian suami...suami kehilangan anak dan isteri....tapi mereka lebih beruntung kerana mereka beroleh SYAHID...

Ayuhlah saudaraku...
Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata bersama mereka di sana....Namun kita mampu mengangkat tangan berdoa agar mereka diberi kemenangan....agar mereka redha dengan apa yang mereka lalui....tabah menghadapi kehilangan ahli keluarga...dan semoga Allah melindungi mereka....Amin...Amin Ya Rabb